Selasa, 2 Jun 2015

Cerita Pendek -Jatuh Dan Bangun

“kiah ...!”. teriak hashim.
            “ya abang? Maaf tadi kiah tak dengar abang panggil. Abang nak apa? Kalau abang nak duit kiah dah takda satu sen pun, kiah baru bayar yuran sekolah mimi”. Rintih kiah, isterinya.
            “peduli apa aku. Aku nak duit. Kalau kau tak bagi duit aku jual anak kau. Kau pilih nak bagi aku duit atau kau nak aku jual dia!” bentak hashim.
Kiah sangat kesal dengan perangai suaminya. Apabila syarikat atas usahanya sendiri bankrup seminggu yang lalu, dia mula bermain judi, minum arak. Dia seolah-olah kecewa dan tidak pernah usaha untuk membaiki dirinya malah dia sendiri menghancurkan hidupnya.
            “Abang! kalau abang nak duit kiah tak ada bang. Ambillah rantai gelang kiah. Abang gadailah semua tapi Abang tolong jangan jual mimi. Dia satu-satunya anak yang kita ada. Tergamak abang mengadaikan anak sendiri. Dia lah harapan kita”. Raung kiah.
Hashim merampas dan berlalu pergi. Kiah rebah. Dia tidak menyangka keluarga dia yang sangat bahagia dulu telah tercela dengan cubaan yang begitu besar dia harus laluinya. Bagi dirinya, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa.
            “Mama....”
Mamanya berpaling lalu memeluk anaknya, Mimi. Dia terlalu sayangkan anaknya. Dia tidak sanggup melihat anaknya melalui hal-hal sebegini. Kiah bermohon semoga hari-hari mendatang  tidak akan pernah berlaku lagi didalam rumah ini. Yakin Kiah.

*                      *                      *

Awan yang gelap menandakan yang hujan akan turun. Burung-burung mula berterbangan pulang ketempat asalnya. Lembu dan kambing dipukul oleh tuannya untuk  masuk kekandang. Dia memikirkan apakah sakit di paksa dan dipukul sebegitu.
“Ah!.. biarlah aku bukan binatang. Aku ni manusia ada akal. Itu binatang tak boleh nak fikir. Dah tau nak hujan masuklah kandang sendiri”.kata mimi dengan perasaan marah. Dia sendiri pelik kenapa dia berperasaan marah apabila ada yang memukul binatang seperti itu.
Tanpa dia sedar tiba-tiba dia terasa sangat sedih. Teringat kejadian pagi tadi.
            “mama...”
Apabila teringat mamanya, dia terasa sedih . Tergamak papanya mengugut untuk menjual dirinya jika mama tidak sanggup memberi wang. Hujan mulai gerimis sikit demi sedikit. Mimi masih tidak berganjak seperti dia digam di kerusi kayu itu. Tiba – tiba hujan lebat. Dengan itu air mata membasahi pipinya. Biarlah dia menjerit sekuat hatinya. Mungkin dengan cara itu dia dapat melepaskan segala kesedihan yang bersarang di jiwa.
*                      *                        *
Sudah sebulan bapanya tidak pulang ke rumah. Walaupun bapanya sangat kasar terhadapnya dia yakin papanya masih menyanyangi dirinya dan mamanya. Kalau tiada papa, tidak lengkap baginya sebuah keluarga. Mimi nekad untuk membantu syarikat ayahnya yang telah bankrup. SPM mendatang penentu bagi dirinya untuk mengejar masa depan yang cerah. Bagi dia semangat dari ibu bapa yang paling utama. Tanpa mereka tidak mungkin adanya dia di atas bumi yang terserlah indah ini.
Tanpa dia sedar mamanya sudah lama memerhatikan tingkah laku mimi.
“Mimi sedih ke sayang? Sayang jangan banyak fikir masalah. Hah.. macam mana dengan persiapan nak jawab peperiksaan nanti? Dah sedia? Mama doakan anak mama dapat jawab dengan tenang. Jangan lupa baca doa. Moga-moga semuanya di permudahkan ya”.kata kiah kepada anaknya.
Dia tau mamanya yang dia ada sekarang. Tempat dia mengadu nasib. Tapi lagi seronok kalau papanya jugak beri semangat seperti mamanya.
“terima kasih mama. Mimi akan buat yang terbaik”.kata Mimi yang penuh bersemangat.

*                      *                      *

Selang beberapa bula kemudian, sudah tiba masanya untuk dia mengambil keputusan SPM. Dia mengharap dia dapat keputusan yang cemerlang. Dia begitu yakin kerana dia sudah berperang sehabis mungkin. Segala usahanya telah dia keluarkan. Inilah masanya.
            “mimi amylea...”
dia terdengar suara guru kelas memanggilnya. Dia berdebar-debar melihat guru kelasnya semakin hampir dengannya.
            “tahniah mimi. Apa yang awak usahakan selama ini sudah membuahkan hasil”.kata cikgu.
Dia rasakan seperti orang sedang berkhayal. Dia melihat mama sudah menitiskan air mata sambil tersenyum. dia kaku. Dia  masih tidak dapat menangkap apa yang cikgu suraya katakan tadi.
“mimi.. dengar tak cikgu cakap apa? Awak dah berjaya mimi. Awak salah sorang pelajar cemerlang di sekolah kita. Awak dapat 8A”. Balasnya lagi.
Aku tergamam. Seperti berada di awangan. Aku menjerit gembira aku terus memeluk mama ku. Aku tau mamaku sangat bangga dengan keputusanku.jika papa masih disini pasti papa bangga dengan kejayaan ku.

            “papa... jika papa ada disini, mesti papa bangga dengan mimi. Mimi dah berjaya pa..”.terdetik kata-kata itu dari hatinya. Dia memeluk ibunya Dia teringat akan janjinya dia akan membangunkan semula syarikat papanya apabila dia berjaya dan dia kan melanjutkan pelajarannya diluar negara nanti. Dia nekad.  Kejayaan ini adalah hadiah untuk mama dan papanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan