“kiah ...!”. teriak hashim.
“ya abang? Maaf tadi kiah
tak dengar abang panggil. Abang nak apa? Kalau abang nak duit kiah dah takda
satu sen pun, kiah baru bayar yuran sekolah mimi”. Rintih kiah, isterinya.
“peduli apa aku. Aku nak
duit. Kalau kau tak bagi duit aku jual anak kau. Kau pilih nak bagi aku duit
atau kau nak aku jual dia!” bentak hashim.
Kiah sangat kesal dengan perangai suaminya. Apabila syarikat atas usahanya
sendiri bankrup seminggu yang lalu, dia mula bermain judi, minum arak. Dia
seolah-olah kecewa dan tidak pernah usaha untuk membaiki dirinya malah dia
sendiri menghancurkan hidupnya.
“Abang! kalau abang nak
duit kiah tak ada bang. Ambillah rantai gelang kiah. Abang gadailah semua tapi
Abang tolong jangan jual mimi. Dia satu-satunya anak yang kita ada. Tergamak
abang mengadaikan anak sendiri. Dia lah harapan kita”. Raung kiah.
Hashim merampas dan berlalu pergi. Kiah rebah. Dia tidak menyangka keluarga
dia yang sangat bahagia dulu telah tercela dengan cubaan yang begitu besar dia
harus laluinya. Bagi dirinya, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang
menimpa.
“Mama....”
Mamanya berpaling lalu memeluk anaknya, Mimi. Dia terlalu sayangkan
anaknya. Dia tidak sanggup melihat anaknya melalui hal-hal sebegini. Kiah
bermohon semoga hari-hari mendatang
tidak akan pernah berlaku lagi didalam rumah ini. Yakin Kiah.
* * *
Awan yang gelap menandakan yang hujan akan turun. Burung-burung mula
berterbangan pulang ketempat asalnya. Lembu dan kambing dipukul oleh tuannya
untuk masuk kekandang. Dia memikirkan
apakah sakit di paksa dan dipukul sebegitu.
“Ah!.. biarlah aku bukan binatang. Aku ni manusia ada akal. Itu binatang
tak boleh nak fikir. Dah tau nak hujan masuklah kandang sendiri”.kata mimi
dengan perasaan marah. Dia sendiri pelik kenapa dia berperasaan marah apabila
ada yang memukul binatang seperti itu.
Tanpa dia sedar tiba-tiba dia terasa sangat sedih. Teringat kejadian pagi
tadi.
“mama...”
Apabila teringat mamanya, dia terasa sedih . Tergamak papanya mengugut
untuk menjual dirinya jika mama tidak sanggup memberi wang. Hujan mulai gerimis
sikit demi sedikit. Mimi masih tidak berganjak seperti dia digam di kerusi kayu
itu. Tiba – tiba hujan lebat. Dengan itu air mata membasahi pipinya. Biarlah
dia menjerit sekuat hatinya. Mungkin dengan cara itu dia dapat melepaskan
segala kesedihan yang bersarang di jiwa.
* *
*
Sudah sebulan bapanya tidak pulang ke rumah.
Walaupun bapanya sangat kasar terhadapnya dia yakin papanya masih menyanyangi
dirinya dan mamanya. Kalau tiada papa, tidak lengkap baginya sebuah keluarga.
Mimi nekad untuk membantu syarikat ayahnya yang telah bankrup. SPM mendatang
penentu bagi dirinya untuk mengejar masa depan yang cerah. Bagi dia semangat
dari ibu bapa yang paling utama. Tanpa mereka tidak mungkin adanya dia di atas
bumi yang terserlah indah ini.
Tanpa dia sedar mamanya sudah lama
memerhatikan tingkah laku mimi.
“Mimi sedih ke
sayang? Sayang jangan banyak fikir masalah. Hah.. macam mana dengan persiapan
nak jawab peperiksaan nanti? Dah sedia? Mama doakan anak mama dapat jawab
dengan tenang. Jangan lupa baca doa. Moga-moga semuanya di permudahkan ya”.kata
kiah kepada anaknya.
Dia tau mamanya yang dia ada sekarang. Tempat
dia mengadu nasib. Tapi lagi seronok kalau papanya jugak beri semangat seperti
mamanya.
“terima kasih mama.
Mimi akan buat yang terbaik”.kata Mimi yang penuh bersemangat.
* * *
Selang beberapa bula
kemudian, sudah tiba masanya untuk dia mengambil keputusan SPM. Dia mengharap
dia dapat keputusan yang cemerlang. Dia begitu yakin kerana dia sudah berperang
sehabis mungkin. Segala usahanya telah dia keluarkan. Inilah masanya.
“mimi
amylea...”
dia terdengar suara guru kelas memanggilnya. Dia
berdebar-debar melihat guru kelasnya semakin hampir dengannya.
“tahniah
mimi. Apa yang awak usahakan selama ini sudah membuahkan hasil”.kata cikgu.
Dia rasakan seperti orang sedang berkhayal.
Dia melihat mama sudah menitiskan air mata sambil tersenyum. dia kaku. Dia masih tidak dapat menangkap apa yang cikgu
suraya katakan tadi.
“mimi.. dengar tak
cikgu cakap apa? Awak dah berjaya mimi. Awak salah sorang pelajar cemerlang di
sekolah kita. Awak dapat 8A”. Balasnya lagi.
Aku tergamam. Seperti berada di awangan. Aku
menjerit gembira aku terus memeluk mama ku. Aku tau mamaku sangat bangga dengan
keputusanku.jika papa masih disini pasti papa bangga dengan kejayaan ku.
“papa...
jika papa ada disini, mesti papa bangga dengan mimi. Mimi dah berjaya
pa..”.terdetik kata-kata itu dari hatinya. Dia memeluk ibunya Dia teringat akan
janjinya dia akan membangunkan semula syarikat papanya apabila dia berjaya dan
dia kan melanjutkan pelajarannya diluar negara nanti. Dia nekad. Kejayaan ini adalah hadiah untuk mama dan
papanya.